Cara Tanam Rumput
dengan betul
Panduan langkah demi langkah cara tanam rumput untuk halaman rumah anda — dari membersihkan tanah, lay rumput, sehingga penjagaan harian. Semua yang anda perlu tahu, dalam satu page.
Sebelum mula — supaya tak salah faham
Panduan ini disusun mengikut turutan yang betul. Setiap langkah penting dan tidak boleh dilangkau, terutama Langkah 3 (top soil & pasir) jika tanah anda kurang subur. Ikut step demi step untuk hasil yang tahan lama.
7 Langkah Cara Tanam Rumput
Ikut turutan ini dari Langkah 1 hingga 7. Jangan langkau mana-mana step.
Bersihkan Tanah
Bersihkan kawasan tanah dari batu, rumput liar, akar pokok dan apa-apa objek yang tidak diperlukan. Kawasan mesti benar-benar bersih sebelum ke langkah seterusnya.
Ratakan Tanah
Ratakan permukaan tanah mengikut bentuk, ketinggian atau slope yang anda perlukan. Pastikan permukaan stabil dan tidak terlalu lembut sebelum lay rumput.
Tambah Top Soil & Pasir Halus
Jika tanah tidak subur, masukkan dahulu setengah inci top soil, kemudian tambah setengah inci pasir halus di atasnya.
Ratakan Top Soil & Pasir
Sekarang ratakan (level) lapisan tadi. Ratakan top soil dahulu sehingga sekata, kemudian baru ratakan pasir halus di atasnya.
Lay Rumput Baru
Sekarang baru lay (pasang) rumput baru di atas permukaan yang telah disediakan. Susun rumput rapat-rapat tanpa ruang kosong di antaranya.
Siram Air
Siram rumput dengan air secukupnya sehingga lembap. Pastikan air sampai ke akar rumput, bukan hanya basah di permukaan sahaja.
Siap! Halaman Anda Kini Berumput
Tahniah! Pemasangan asas dah selesai. Tapi kerja anda belum tamat — penjagaan 2 minggu pertama sangat kritikal untuk pastikan rumput hidup subur. Scroll bawah untuk panduan penjagaan.
Penjagaan Rumput Selepas Tanam
Tanam rumput sahaja tidak cukup. Ini 4 perkara wajib untuk pastikan rumput sihat jangka panjang.
Siram 2× Sehari (2 Minggu Pertama)
2 minggu pertama selepas tanam rumput, anda WAJIB siram air 2 kali sehari — pagi dan petang. Ini period kritikal untuk akar melekat.
Baja Sebulan Sekali
Bagi baja setiap bulan. Biasanya rotate antara baja tahi ayam, NPK dan urea mengikut kesesuaian dan keadaan rumput.
Potong 20–45 Hari Sekali
Potong rumput setiap 20 hingga 45 hari bergantung pada jenis rumput. Rumput yang cepat membesar perlu dipotong lebih kerap.
Aeration Setahun Sekali
Buat aeration (lubang udara dalam tanah) setahun sekali jika perlu. Tengok keadaan tanah — jika padat dan keras, aeration diperlukan.
Soalan tentang Cara Tanam Rumput
Berapa lama rumput baru perlu disiram setiap hari?
Bila masa terbaik untuk potong rumput?
Adakah saya perlu top soil dan pasir untuk tanam rumput?
Berapa kerap perlu baja rumput?
Bilakah rumput perlu aeration?
Apa jadi kalau saya skip langkah top soil dan pasir?
Boleh ke saya tanam rumput sendiri tanpa upah tukang?
Tak larat buat semua ini sendiri?
Kami ada tawarkan servis pemasangan rumput di seluruh Malaysia. Kami selesaikan dari A hingga Z — anda hanya perlu nikmati halaman cantik tanpa berpenat.