Tahukah anda dengan beberapa langkah asas seperti penjagaan air dan baja sangat penting dalam memastikan rumput anda segar dan sihat
Bagi 2 minggu pertama selepas penanaman rumput. Penjagaan air sangat penting. Ini disebabkan akar yang masih belum matang (tumbuhan masih berada di fasa peralihan)
memerlukan penyiraman yang kerap dalam memastikan survival rate rumput selepas penanaman tinggi
Seperti tumbuhan yang lainb. Rumput juga memerlukan belaian kasih sayang anda
Tidak seperti kekerapan pada 2 minggu pertama selepas penanaman, cukup siram air setiap hari sekali
Kalau terlepas disebabkan terlupa dalam sehari dua tidak menjadi masalah
Mutiara @ Pearl Grass merupakan rumput yang paling senang jaga
Senang jaga tang mana?
jika dibandingan dengan rumput cow grass. kekerapan potongan rumput jenis mutiara lebih kurang berbanding rumput cow grass
dari segi penjagaan air pula jika dibandingkan dengan rumput philippine. Rumput mutiara tidak memerlukan air sebanyak rumput philippine
Kekerapan bagi pemotongan rumput berbeza mengikut jenis rumput
Cow grass: 1 bulan sekali
Mutiara: 2-3 bulan sekali
Philippine dan jepun: 1 bulan sekali
Bagi tempat yang rata, kami sangat menyarankan pengunaan lawn mower jenis tolak
Pengawalan sistem ketinggian pemotongan rumput yang konsisten akan menghasilkan rumput yang cantik selepas dipotong
Jika tiada bajet, tiada masalah rumput anda tidak mati jika guna mesin rumput biasa
Ikuti beberapa langkah mudah untuk penanaman rumput yang cantik dan sempurna
Pelbagai pendapat dalam pengunaan pasir ini. Mengikut pengalaman kami hampir 10 tahun (di pelbagai lokasi termasuk Istana)
Penggunaan pasir tidak perlu
Tahukah anda? Pasir merupakan agen penyerapan air. Jika pengunaan pasir yang berlebihan akan mengakibatkan akan rumput tidak mampu untuk mencapai kawasan tanah dalam penyerapan nutrien
satu perkara yang perlu anda fikirkan. Anda pernah nampak rumput di kawasan pantai? Dan kenapa pasir sangat cepat kering?
Jika ada dalam kalangan keluarga atau kenalan yang menyarankan penggunaan pasir ini. Cukup sekadar meratakan pasir pada amoun yang sangat sedikit bagi menjaga hati keluarga atau kenalan anda 🙂
Daun: Daun rumput philippine lebih lebar berbanding rumput jepun yang halus
Warna: Warna rumput philippine lebih cair berbanding rumput karpet jepun