Spot Turfing (Tanam Jarak)
Kepingan rumput ditanam dengan jarak tertentu (biasanya 6–12 inci antara kepingan) dan dibiarkan merebak secara semula jadi sehingga menutup keseluruhan permukaan padang.
Kelebihan
- Kos rumput jauh lebih rendah — kuantiti kepingan hanya 30–50% berbanding tanam rapat
- Paling sesuai untuk kawasan luas seperti padang sekolah dengan bajet terhad
- Kaedah yang biasa dispesifikasikan dalam BQ projek kerajaan
- Rumput yang merebak sendiri berakar lebih kukuh dengan tanah asal
Kekurangan
- Ambil masa 2–4 bulan untuk penuh menutup permukaan
- Tanah terdedah kepada hakisan dan rumpai sebelum rumput penuh
- Permukaan padang belum sekata sepenuhnya pada peringkat awal
- Padang tidak boleh digunakan sepenuhnya sepanjang tempoh rebakan
Cara Pasang
- Bersihkan tapak — buang rumpai, batu dan sisa binaan
- Kerja ground leveling supaya permukaan rata dan saliran baik
- Hamparan top soil sebagai medium tanaman
- Potong rumput kepada kepingan kecil dan tanam mengikut jarak grid yang ditetapkan
- Tekan / gelek supaya akar bersentuh rapat dengan tanah, kemudian siram
Penjagaan
- Siram 1–2 kali sehari untuk 3–4 minggu pertama
- Baja NPK selepas 3–4 minggu untuk mempercepatkan rebakan
- Kawalan rumpai secara berkala — penting kerana banyak ruang tanah kosong
- Elakkan pijakan berat sehingga rumput menutup sekurang-kurangnya 80%

