Rumput Jepun | Kemas, Hijau Pekat & Mewah (Dari RM3.00/kps) — Kebun Rumput
Zoysia Japonica

Rumput Karpet Premium Rumput Jepun

RM3.00 – RM10.00/sqft

Kemas, hijau pekat dan nampak mewah. Tidak meninggi seperti cow grass — makin lama, makin padat. Pilihan utama banglo, padang golf & landskap eksklusif.

100%Asli & Organik
15 TahunTahan Lama
24 JamPenghantaran
Rumput Jepun hijau pekat dan kemas
Kenapa Rumput Jepun?

Tekstur paling kemas, warna paling pekat.

Rumput Jepun ni memang kemas gila dan warna hijau pekat. Bila dipasang, terus nampak mewah — sebab tu jadi pilihan utama banglo elit, padang golf dan resort di Malaysia.

Kelebihan paling besar: dia tidak meninggi seperti cow grass atau rumput padang. Jadi kurang kerap perlu potong. Sebaliknya, makin lama dia akan makin padat — laman anda akan kelihatan seperti permaidani yang konsisten.

Daun lembut, rapat dan selesa dipijak. Sesuai untuk anda yang inginkan landskap kelihatan rapi tanpa penyelenggaraan rumit.

Rumput Jepun padat dan rapi

Hijau Pekat

Warna lebih gelap & padu berbanding rumput lain — kelihatan mewah sepanjang tahun.

Tidak Meninggi

Tak perlu kerap potong. Rumput kekal pendek dan teratur secara semula jadi.

Makin Padat

Lebih lama ditanam, lebih rapat & padat — seperti permaidani semula jadi.

Selesa Dipijak

Daun halus & lembut, sesuai untuk anak-anak dan kawasan rehat.

Tonton Video

Lihat Rumput Jepun Kami

Video sebenar kebun rumput jepun kami — kemas, padat dan hijau pekat seperti yang anda nampak.

Video Rumput Jepun
Galeri

Rumput Jepun Sebenar

Hasil pemasangan & stok rumput jepun di kebun kami.

Penjagaan Penting

Aeration: Kunci Rumput Jepun Kekal Sihat

Rumput Jepun makin padat dengan masa — bagus untuk penampilan, tetapi tanah boleh jadi tepu & keras. Aeration adalah proses penjagaan paling penting untuk rumput jenis ini.

1

Apa Itu Aeration?

Proses cucuk lubang-lubang kecil pada lapisan tanah supaya udara, air dan baja dapat sampai terus ke akar rumput. Boleh guna garfu taman atau alat aeration khas.

2

Kenapa Penting?

Rumput Jepun yang padat akan menyebabkan tanah tepu. Tanpa aeration, akar tak dapat oksigen — rumput jadi kuning, lemah dan mudah diserang penyakit.

3

Bila Perlu Buat?

Disarankan setiap 6 hingga 12 bulan sekali, bergantung pada keadaan tanah & kekerapan dipijak. Selepas musim hujan adalah masa terbaik.

4

Kesan Selepas Aeration

Akar lebih kuat, rumput tumbuh lebih padat, warna lebih hijau, dan baja diserap lebih efisien. Hasil kelihatan dalam 2-3 minggu selepas aeration.

Pemasangan

Cara Tanam Rumput Jepun

Pemasangan ringkas dengan teknik polybag — anda boleh DIY atau biar kami uruskan.

6 Langkah Mudah

Ikut panduan ini untuk pastikan rumput hidup subur. Jika rumit, kami sediakan pakej pemasangan (+RM4/kps).

Panduan Lengkap
  1. 1Bersihkan kawasan — buang batu, sampah & rumput liar. Rata permukaan tanah.
  2. 2Letakkan lapisan top soil sekitar 1-2 inci untuk akar mencengkam dengan baik.
  3. 3Susun rumput jepun rapat-rapat, tidak perlu jarakkan. Tekan supaya melekat pada tanah.
  4. 4Siram air banyak sebaik selesai pemasangan supaya akar tidak layu.
  5. 5Siram pagi & petang selama 1-2 minggu pertama.
  6. 6Beri baja organik selepas 3-4 minggu untuk percepatkan rumput menjadi padat.
Soalan Lazim

FAQ Rumput Jepun

Soalan paling kerap ditanya pelanggan tentang rumput jepun.

Apa itu rumput jepun?

Rumput Jepun (Zoysia Japonica) adalah rumput hiasan premium yang popular di Malaysia kerana teksturnya yang lembut, padat dan menyerupai permaidani hijau. Sering digunakan untuk landskap banglo, padang golf, taman & tempat awam yang memerlukan penampilan kemas dan elegan.

Berapa harga rumput jepun?

Harga rumput jepun bermula RM3.00/sqft hingga RM10.00/sqft. Harga bergantung pada gred rumput, kuantiti tempahan dan lokasi penghantaran. Untuk kawasan luas, hubungi kami untuk diskaun istimewa.

Apa beza rumput jepun dengan cow grass?

Cow grass: Daun lebih lebar, cepat meninggi, perlu kerap dipotong, harga lebih murah.

Rumput jepun: Daun lebih halus & padat, tidak meninggi, jarang dipotong, kelihatan lebih mewah dan kemas.

Adakah rumput jepun perlu aeration?

Ya, sangat penting. Kerana sifatnya yang padat, tanah di bawah rumput jepun cenderung jadi tepu. Aeration setiap 6-12 bulan akan pastikan akar dapat oksigen, air dan nutrien dengan baik. Tanpa aeration, rumput boleh kuning dan lemah.

Berapa lama rumput jepun mula padat?

Dalam masa 2 hingga 4 minggu selepas pemasangan, rumput jepun akan mula menunjukkan pertumbuhan baru. Untuk kepadatan penuh seperti permaidani, biasanya mengambil masa 3-6 bulan dengan penjagaan yang betul.

Boleh hantar ke seluruh Malaysia?

Ya, Kebun Rumput menghantar rumput ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Kedah & Perlis. Penghantaran sepantas 24 jam.

Kena buat penyelenggaraan apa?

Penyelenggaraan rumput jepun agak mudah:

Siram — pagi atau petang (jangan tengah panas).
Potong — hanya bila perlu, sekitar 2-3 bulan sekali.
Baja — setiap 2-3 bulan dengan baja organik.
Aeration — setiap 6-12 bulan untuk pastikan tanah tidak tepu.

Sedia Untuk Beli Rumput Jepun?

Dari RM3.00/sqft · 100% Organik · Tahan 15 Tahun · Penghantaran 24 jam ke seluruh Semenanjung.