Budak kecil pijak rumput karpet hijau di laman rumah Malaysia
Panduan Lengkap 2026

Rumput Karpet Malaysia: Jenis, Kelebihan & Harga

Semua yang anda perlu tahu sebelum membeli rumput karpet hidup untuk rumah, taman atau kubur.

Rumput karpet telah menjadi pilihan utama dalam landskap rumah, kemudahan sukan, taman permainan, dan bahkan kubur di Malaysia. Namun, stigma yang kerap dihadapi ialah adakah ia berbaloi? Bagaimana harganya? Dan, jenis apa yang terbaik untuk keperluan tertentu?

Sama ada anda seorang pemilik rumah, pemilik haiwan peliharaan, atau pengurus taman komersial, artikel ini akan membantu anda memahami jenis, kelebihan, dan harga rumput karpet di Malaysia.

Untuk info, artikel ini hanya akan membincangkan rumput karpet dalam konteks rumput hidup bukan rumput karpet tiruan. Tahukah anda, ada empat jenis rumput karpet hidup di Malaysia iaitu rumput cow grass, rumput jepun, rumput mutiara dan rumput filipina.

📚 Baca juga: 6 Keburukan Guna Rumput Karpet Tiruan Untuk Laman Rumah

"Rumput karpet bukan sekadar penutup tanah; ia adalah refleksi kreativiti landskap."
Margaret Roach

Definisi Rumput Karpet

Rumput karpet ialah sejenis rumput yang tumbuh rapat dan menghasilkan permukaan hijau yang padat, menyerupai karpet. Ia popular kerana tahan lasak, mudah diselenggara, dan memberikan nilai estetik yang tinggi. Jenis rumput ini terbahagi kepada beberapa variasi, masing-masing dengan ciri tersendiri.

4 Jenis Rumput Karpet di Malaysia

1. Rumput Cow Grass — Axonopus Compressus

Rumput cowgrass, atau dikenali sebagai Axonopus Compressus, terkenal kerana harganya yang murah dan tahan lasak. Rumput ini sering digunakan di taman permainan dan kawasan lapang dan terkenal sebagai rumput yang tahan lasak.

2. Rumput Filipina — Zoysia Matrella

Nama lain: Philippines Grass atau Zoysia matrella. Rumput ini mempunyai daun yang lembut dan hijau cerah, menjadikannya pilihan untuk kawasan teduh oleh pemilik rumah di Malaysia.

3. Rumput Jepun — Zoysia Japonica

Nama lain: Japanese Grass atau Zoysia Japonica. Dikenali dengan daunnya yang halus dan pertumbuhan yang rapi, rumput ini sesuai untuk landskap yang memerlukan sentuhan elegan.

4. Rumput Mutiara — Pearl Grass

Nama lain: Pearl Grass atau Rumput Mutiara. Rumput ini amat sesuai untuk rumah dengan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang lembut dan mesra alam dan hampir sama dengan rumput cow grass dan berbeza pada bilahnya.

Kelebihan Rumput Karpet

  1. Penjagaan Mudah: Tidak memerlukan penyelenggaraan rumit.
  2. Tahan Lasak: Sesuai untuk kawasan permainan & aktiviti berat.
  3. Pemandangan Estetik: Memberikan pemandangan segar & profesional.
Rumput karpet hijau cantik dipasang di laman rumah

Kekurangan Rumput Karpet

  1. Risiko Pertumbuhan Lumut: Terutama di kawasan lembap & jika tidak dijaga.
  2. Kos Awal Tinggi: Rumput berkualiti tinggi mungkin memerlukan pelaburan besar.
  3. Perlu Penjagaan Khusus: Ada jenis rumput memerlukan penyiraman & pembajaan kerap.

Fungsi Rumput Karpet

  1. Tapak Kubur: Memberikan suasana hijau tenang.
  2. Landskap Rumah: Menyerikan halaman depan dan belakang.
  3. Kemudahan Sukan: Digunakan di padang golf dan taman permainan.
  4. Taman Permainan: Pilihan ideal untuk permukaan mesra kanak-kanak.
  5. Sumber Oksigen: Rumput hidup mampu memberikan tambahan 30% oksigen ke rumah anda.

Harga Rumput Karpet di Malaysia

Berikut adalah panduan harga terkini untuk semua jenis rumput karpet hidup di Malaysia. Harga mungkin berbeza mengikut kuantiti dan lokasi penghantaran.

1. Rumput Cow Grass

RM0.90 – RM1.50
/kps

Murah dan tahan lasak.

2. Rumput Filipina

RM2.00 – RM3.50
/kps

Sesuai untuk kawasan redup.

3. Rumput Jepun

RM5.00 – RM10.00
/kps

Cantik tetapi memerlukan penjagaan.

4. Rumput Mutiara

RM3.00 – RM5.50
/kps

Lembut dan mesra haiwan peliharaan.

⭐ PAKEJ POPULAR

5. Pakej Rumput Kubur

RM100/set

1 set untuk 1 kubur — pakej siap pasang dengan rumput hidup berkualiti, sesuai untuk tapak kubur saiz standard. Memberikan suasana hijau yang tenang dan terurus.

Saya Nak Beli Rumput Kubur (RM100/set)

Video Demo: Rumput Karpet Berkualiti

Tonton video pendek di bawah untuk lihat sendiri rupa dan kualiti rumput karpet hidup yang kami tawarkan.

🏡 Nak Pasang Rumput Karpet Untuk Rumah?

Hubungi kami sekarang untuk konsultasi percuma & sebut harga rumput karpet hidup terus dari pembekal!

Beli Rumput Karpet Untuk Rumah

Cara Tanam Rumput Karpet

Ikuti 4 langkah mudah ini untuk pastikan rumput karpet anda tumbuh subur dan kekal cantik:

  1. Persediaan Tanah: Ratakan permukaan dan buang rumpai.
  2. Penanaman: Letakkan karpet rumput dengan teliti, pastikan tiada jurang.
  3. Penyiraman: Siram setiap hari untuk 2 minggu pertama.
  4. Pemangkasan: Potong secara berkala untuk mengelakkan pertumbuhan tidak sekata.
Rumput mutiara hidup ditanam di laman rumah
"Keindahan taman bermula dari jenis rumput yang anda pilih."
Jane Perrone

Soalan Lazim (FAQ) Rumput Karpet

Apakah harga rumput karpet termurah di Malaysia?
Harga termurah ialah Rumput Cow Grass yang bermula dari RM0.90/kps. Ia tahan lasak dan sesuai untuk kawasan lapang serta taman permainan.
Berapa harga pakej rumput kubur?
Pakej rumput kubur hanya RM100/set untuk 1 kubur saiz standard. Rumput hidup yang paling sesuai untuk kubur dengan kualiti tinggi.
Jenis rumput karpet manakah paling sesuai untuk haiwan peliharaan?
Rumput Mutiara (Pearl Grass) adalah pilihan terbaik kerana sifatnya yang lembut dan mesra haiwan peliharaan. Ia tidak menyebabkan kegatalan pada kulit kucing atau anjing.
Berapa lama rumput karpet hidup boleh hidup selepas dipasang?
Dengan penjagaan yang betul (penyiraman, pembajaan dan pemangkasan), rumput karpet hidup boleh kekal hijau dan subur selama bertahun-tahun.
Adakah anda menyediakan perkhidmatan pemasangan?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan pemasangan rumput karpet untuk rumah, kawasan komersial dan tapak kubur. Hubungi WhatsApp kami untuk sebut harga.
Bagaimana cara pesanan rumput karpet?
Anda boleh terus pesan melalui butang WhatsApp di laman ini. Kami akan respon dalam masa 30 minit pada waktu bekerja.

Kesimpulan

Berdasarkan kelebihan, harga, dan fungsi yang telah dibincangkan, rumput karpet jelas merupakan pelaburan yang berbaloi untuk rumah, sekolah, atau kawasan komersial. Dengan penjagaan yang betul, ia mampu meningkatkan nilai estetika dan keselesaan kawasan anda.

Sudah tiba masanya untuk memperindah halaman anda dengan rumput karpet hidup, dengan harga serendah RM0.90/kps. Dapatkan rumput karpet berkualiti tinggi hari ini dan nikmati pemandangan yang memukau!