Rumput Filipina (Zoysia Matrella) untuk Laman Anda
Tekstur halus dan padat, hijau muda yang menyegarkan. 100% organik, 0% rumput liar. Sesuai laman rumah, kawasan perkuburan dan padang golf.
100% Organik
Tanpa baja kimia berbahaya, selamat untuk anak-anak dan haiwan peliharaan.
0% Rumput Liar
Pure Zoysia Matrella tanpa campuran rumput liar — laman anda kekal bersih.
Tahan 15 Tahun
Akar kuat, tumbuh padat. Pelaburan jangka panjang untuk laman cantik.
Teknik Polybag
Standard pemasangan menjamin kualiti dan kelekatan pada topsoil.
Rumput halus, hijau muda — pilihan estetik untuk laman rumah anda
Rumput Filipina atau dikenali sebagai Zoysia Matrella ialah jenis rumput karpet bertekstur halus dan padat. Warnanya hijau muda yang segar — sesuai untuk pemilik rumah yang mahukan laman cantik berestetik.
Berbeza dengan cow grass yang lebih kasar, rumput Filipina lebih sesuai untuk kawasan yang tidak terlalu kerap dipijak — laman rumah, kawasan perkuburan, padang golf dan taman landskap. Pertumbuhan yang perlahan bermakna kos selenggaraan rendah.
- Tahan panas tropika Malaysia
- Penyelenggaraan rendah
- Estetik halus & kemas
- Sesuai cuaca kering
Disemai di 4 lokasi strategik
Stok sentiasa fresh — penghantaran cepat ke utara, tengah dan selatan Semenanjung.
Lihat hasil pemasangan rumput Filipina kami
Pure Zoysia Matrella — tekstur halus dan padat. Kami hanya jual rumput asli 100%.








Kenapa pilih rumput Filipina kami?
6 sebab utama pemilik rumah memilih Zoysia Matrella untuk laman mereka.
Tekstur Halus
Daun lembut dan halus — selesa dipijak dan menampakkan keindahan estetik laman.
Tumbuh Perlahan
Pertumbuhan perlahan bermakna kos cabut/potong rumput rendah berbanding rumput lain.
Tahan Panas Kering
Sesuai cuaca panas Malaysia — boleh bertahan walaupun musim kemarau.
Padat & Sekata
Tumbuh padat dan sekata — laman nampak rapi tanpa kelihatan tanah di celah.
Hijau Muda Segar
Warna hijau muda yang menyegarkan mata — bukan hijau tua kasar macam cow grass.
Kos Selenggaraan Rendah
Cukup siram dan baja sebulan sekali — sesuai untuk pemilik rumah yang sibuk.
Bukan sekadar pembekal — kami partner laman anda
100% Asli
Pure Zoysia Matrella tanpa campuran rumput liar — beza dengan pembekal lain di pasaran.
Harga Ikut Bajet
Mulai RM1.50/kps untuk pembelian besar. Boleh bincang harga untuk projek besar.
Teknik Polybag
Pemasangan standard yang menjamin kualiti rumput dan kelekatan pada topsoil.
Penghantaran 24 Jam
Stok sentiasa ada — boleh hantar dan pasang dalam masa 24 jam dari pengesahan.
FREE Konsultansi
Kami beri nasihat penjagaan + follow-up keadaan rumput selepas pasang. Bukan jual lepas tangan.
Sejak 2020
Berpengalaman dengan pemaju, PBT, perkuburan dan ribuan pemilik rumah.
Apa kata pelanggan kami
"Saya order thru WhatsApp. Pembekalan rumput Filipina on time as on schedule. Pure 100% — tak campur dengan rumput liar."
"Senang berurusan. Sebelum bayar saya tengok rumput di kebun dahulu. Hijau muda dan halus — tepat macam yang aku nak."
"Alhamdulillah senang nak dapat stok rumput Filipina untuk kubur yang cepat & berkualiti. Siap ajar cara jaga bila musim kemarau."
Soalan lazim rumput Filipina
- Pembelian kecil (laman rumah) — dari RM2.50/sqft
- Pembelian sederhana & besar — dari RM1.50/sqft
Cow grass lebih kasar dan kuat — sesuai untuk padang, slope dan kawasan trafik tinggi.
Kalau anda nak laman cantik untuk pandang, pilih Filipina. Kalau nak rumput tahan lasak untuk dipijak setiap hari, pilih cow grass.
Sedia untuk dapatkan quote rumput Filipina?
Klik butang bawah, beritahu keluasan dan lokasi — kami quote dalam masa 5 minit.
Mulakan WhatsApp