Rumput Padang Sekolah | Pembekal & Pemasangan Cow Grass Seluruh Semenanjung Malaysia
Projek Pembekalan & Pemasangan

Rumput Padang Sekolah — Seluruh Semenanjung Malaysia

Kami membekal dan memasang rumput cow grass (Axonopus compressus) untuk padang sekolah — kaedah spot turfing (tanam jarak) atau close turfing (tanam rapat) mengikut spesifikasi BQ projek anda. Kerja lengkap dari pembersihan tapak, ground leveling, top soil hingga penanaman.

Details & Harga Cow Grass →
Cover Seluruh Semenanjung Ikut Spesifikasi BQ Supply + Install
Tanam rumput padang sekolah kaedah spot turfing di Sekolah Menengah Sains Muar
Projek spot turfing — Sekolah Menengah Sains Muar
Rumput cow grass Axonopus compressus untuk padang sekolah
Jenis Rumput

Kenapa Cow Grass Pilihan Utama Padang Sekolah?

Rumput yang paling common digunakan di padang sekolah seluruh Malaysia ialah cow grass (Axonopus compressus) — dan bukan tanpa sebab:

  • Lasak & tahan pijakan — sesuai untuk aktiviti sukan dan perhimpunan pelajar setiap hari
  • Kos paling rendah — jimat bajet sekolah dari segi harga rumput dan penyelenggaraan
  • Cepat merebak — stolon aktif, mudah pulih semula selepas rosak
  • Tahan panas & hujan — sesuai dengan iklim tropika Malaysia sepanjang tahun
  • Mudah dijaga — cukup dengan potong berkala dan pembajaan minima
Lihat Details & Harga Cow Grass →
Kaedah Pemasangan

Spot Turfing vs Close Turfing — Mana Satu Ikut BQ Anda?

Kebiasaannya BQ yang dikeluarkan untuk projek padang sekolah berbeza-beza — ada yang menetapkan kaedah spot turfing (tanam berjarak) dan ada yang menetapkan close turfing (tanam rapat). Kami mengendalikan kedua-dua kaedah mengikut spesifikasi projek anda.

Kaedah 1

Spot Turfing (Tanam Jarak)

Kepingan rumput ditanam dengan jarak tertentu (biasanya 6–12 inci antara kepingan) dan dibiarkan merebak secara semula jadi sehingga menutup keseluruhan permukaan padang.

Kelebihan

  • Kos rumput jauh lebih rendah — kuantiti kepingan hanya 30–50% berbanding tanam rapat
  • Paling sesuai untuk kawasan luas seperti padang sekolah dengan bajet terhad
  • Kaedah yang biasa dispesifikasikan dalam BQ projek kerajaan
  • Rumput yang merebak sendiri berakar lebih kukuh dengan tanah asal

Kekurangan

  • Ambil masa 2–4 bulan untuk penuh menutup permukaan
  • Tanah terdedah kepada hakisan dan rumpai sebelum rumput penuh
  • Permukaan padang belum sekata sepenuhnya pada peringkat awal
  • Padang tidak boleh digunakan sepenuhnya sepanjang tempoh rebakan

Cara Pasang

  • Bersihkan tapak — buang rumpai, batu dan sisa binaan
  • Kerja ground leveling supaya permukaan rata dan saliran baik
  • Hamparan top soil sebagai medium tanaman
  • Potong rumput kepada kepingan kecil dan tanam mengikut jarak grid yang ditetapkan
  • Tekan / gelek supaya akar bersentuh rapat dengan tanah, kemudian siram

Penjagaan

  • Siram 1–2 kali sehari untuk 3–4 minggu pertama
  • Baja NPK selepas 3–4 minggu untuk mempercepatkan rebakan
  • Kawalan rumpai secara berkala — penting kerana banyak ruang tanah kosong
  • Elakkan pijakan berat sehingga rumput menutup sekurang-kurangnya 80%
Kaedah 2

Close Turfing (Tanam Rapat)

Kepingan rumput disusun rapat antara satu sama lain sehingga menutup 100% permukaan padang — hasilnya terus kelihatan hijau penuh sebaik siap dipasang.

Kelebihan

  • Hasil segera — padang terus hijau penuh selepas pemasangan
  • Padang boleh mula digunakan lebih cepat (± 4–6 minggu selepas tanam)
  • Kurang masalah rumpai kerana tiada ruang tanah terdedah
  • Melindungi tanah daripada hakisan hujan sejak hari pertama
  • Kemas dan sesuai jika ada majlis perasmian atau kejohanan terdekat

Kekurangan

  • Kos lebih tinggi — kuantiti rumput penuh mengikut keluasan sebenar
  • Logistik penghantaran lebih besar (lebih banyak lori / trip)
  • Tempoh kerja pemasangan di tapak lebih lama sedikit

Cara Pasang

  • Bersihkan tapak — buang rumpai, batu dan sisa binaan
  • Kerja ground leveling supaya permukaan rata dan saliran baik
  • Hamparan top soil sebagai medium tanaman
  • Susun kepingan rumput rapat-rapat seperti jigsaw tanpa ruang besar
  • Isi celahan kecil dengan top soil, gelek dengan roller dan siram

Penjagaan

  • Siram 1–2 kali sehari untuk 2–3 minggu pertama supaya akar melekat
  • Potongan pertama boleh dibuat selepas 3–4 minggu
  • Baja selepas potongan pertama untuk galakkan akar dan warna hijau pekat
  • Elakkan aktiviti berat sehingga rumput benar-benar berakar (± 4–6 minggu)
PerbandinganSpot TurfingClose Turfing
Kuantiti rumput± 30–50% keluasan100% keluasan
KosLebih rendahLebih tinggi
Tempoh nampak penuh2–4 bulanSegera
Padang boleh guna± 2–4 bulan± 4–6 minggu
Risiko rumpai / hakisanLebih tinggi awal tempohMinima
Sesuai untukBajet terhad, kawasan luas, tiada kekangan masaProjek segera, majlis / kejohanan terdekat
Proses Kerja

Cara Kami Tanam Rumput Padang Sekolah

Setiap projek melalui proses kerja yang sama — tak kira spot turfing atau close turfing — bagi memastikan rumput hidup subur dan permukaan padang rata serta selamat untuk pelajar.

1

Bersihkan Tapak

Buang rumpai, batu, akar dan sisa binaan supaya tapak bersih untuk kerja seterusnya.

2

Ground Leveling

Ratakan permukaan tanah — guna mesin untuk kawasan luas atau manual untuk sudut terperinci.

3

Hampar Top Soil

Masukkan top soil sebagai medium tanaman supaya akar rumput cepat melekat dan subur.

4

Tanam Rumput

Tanam rumput baru ikut kaedah BQ — spot turfing atau close turfing — kemudian gelek & siram.

Proses meratakan tanah top soil untuk tanam rumput padang sekolah menggunakan mesin
Proses ratakan tanah top soil menggunakan mesin
Proses meratakan tanah top soil untuk tanam rumput padang sekolah secara manual
Proses ratakan tanah top soil secara manual
Kawasan Liputan

Kami Cover Seluruh Semenanjung Malaysia

Tak kira lokasi sekolah anda — dari utara ke selatan, pantai barat ke pantai timur — pasukan kami sedia membekal dan memasang rumput padang sekolah anda.

JohorMelakaNegeri SembilanSelangorKuala LumpurPutrajayaPerakPulau PinangKedahPerlisPahangTerengganuKelantan
Soalan Lazim

FAQ Rumput Padang Sekolah

Apakah jenis rumput yang biasa digunakan untuk padang sekolah?
Rumput yang paling biasa digunakan di padang sekolah Malaysia ialah cow grass (Axonopus compressus). Ia lasak, tahan pijakan pelajar, mudah dijaga dan kos penyelenggaraan paling rendah berbanding jenis rumput lain. Lihat details & harga cow grass di sini.
Apakah beza spot turfing dan close turfing?
Spot turfing ialah kaedah tanam berjarak — kepingan rumput ditanam dengan jarak tertentu dan dibiarkan merebak sehingga penuh, menjimatkan kos rumput. Close turfing ialah tanam rapat — kepingan disusun penuh 100% menutup permukaan, hasilnya terus hijau dan padang boleh digunakan lebih cepat.
Berapa lama rumput spot turfing ambil masa untuk penuh?
Secara purata 2 hingga 4 bulan bergantung kepada jarak tanaman, keadaan tanah, pembajaan dan siraman. Dengan penjagaan yang baik, cow grass merebak agak pantas kerana sifat stolonnya yang aktif.
Adakah anda menerima projek mengikut BQ sekolah atau JKR?
Ya. Kami biasa mengendalikan projek berdasarkan BQ — sama ada spesifikasi spot turfing (tanam jarak) atau close turfing (tanam rapat), termasuk kerja pembersihan tapak, ground leveling dan top soil.
Kawasan mana yang anda cover?
Kami menerima projek pembekalan dan pemasangan rumput padang sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia.
Bagaimana nak dapatkan sebut harga?
Mudah sahaja — klik butang WhatsApp di page ini, isi nama company, nama sekolah/site dan keluasan (m²), dan kami akan reply dengan sebut harga secepat mungkin.