POLISI PEMBEKALAN & PEMASANGAN RUMPUT
Polisi ini dirangka untuk memastikan urusan pembekalan rumput oleh Pehbeso Consultant / KebunRumput.my berjalan secara teratur, adil dan jelas kepada semua pihak. Polisi ini merangkumi aspek penghantaran, pemulangan, pembayaran, serta tuntutan kuantiti.
1. Penghantaran
1.1 Penghantaran dilakukan dalam tempoh 1–3 hari bekerja selepas pembayaran penuh diterima, tertakluk kepada ketersediaan stok.
1.2 Tempoh penghantaran ke kawasan luar bandar atau jarak jauh mungkin mengambil masa lebih lama dan caj tambahan akan dikenakan.
1.3 Pemasangan rumput boleh diatur serentak dengan penghantaran, tertakluk kepada ketersediaan pasukan pemasangan.
1.4 Pehbeso Consultant tidak bertanggungjawab atas kelewatan disebabkan faktor luar kawalan seperti cuaca, halangan jalan, atau trafik.
2. Pemulangan & Pertukaran (Defect)
2.1 Semua rumput dihantar dalam keadaan baik. Pelanggan bertanggungjawab memeriksa rumput semasa penerimaan.
2.2 Hanya kecacatan jelas semasa penghantaran dilayan untuk pertukaran atau pembekalan semula.
2.3 Laporan kecacatan mesti dibuat dalam masa 24 jam selepas penghantaran dan disertakan gambar.
2.4 Pehbeso Consultant berhak menilai rumput yang dilaporkan cacat sebelum keputusan pertukaran dibuat.
2.5 Rumput merupakan produk mudah rosak. Oleh itu, tiada pemulangan atau refund dibenarkan atas alasan:
telah dipasang
telah disimpan lebih dari 24 jam
telah berubah keadaan akibat cuaca atau penjagaan
3. Polisi Refund Untuk Over-Order (Had Maksimum 4,000 sqft)
3.1 Sekiranya pelanggan terlebih membuat pesanan (over-order), pelanggan boleh memohon refund separa tertakluk kepada syarat berikut:
(a) Had Refund
Maksimum 4,000 sqft per pesanan (PO) sahaja layak untuk refund.
(b) Keadaan Rumput
Rumput mesti masih segar, belum dipasang dan boleh dijual semula.
(c) Tempoh Notis
Permohonan refund mesti dibuat dalam tempoh 24 jam selepas penghantaran.
(d) Penghantaran Balik
Pemulangan ke kebun/yard adalah tanggungjawab pelanggan.
(e) Kadar Refund
Refund adalah pada kadar 70% daripada harga unit selepas ditolak kos pengendalian.
3.2 Lebihan melebihi 4,000 sqft adalah tanggungjawab penuh pelanggan dan tidak layak untuk sebarang refund atau pemulangan.
3.3 Tujuan polisi ini adalah untuk melindungi integriti operasi kerana rumput adalah produk mudah rosak dan tidak boleh disimpan semula dalam kuantiti besar.
4. Perbezaan Kuantiti & Ukuran Tapak
4.1 Kuantiti dalam sebut harga adalah berdasarkan pelan atau ukuran awal pelanggan.
4.2 Perbezaan kecil (±100m²) mungkin berlaku disebabkan keadaan tanah, bentuk kawasan atau faktor teknikal.
4.3 Jika pemasangan disertakan, ukuran sebenar tapak hanya disahkan di tapak.
4.4 Situasi kuantiti dibahagi kepada dua kategori:
Kategori A — Perbezaan Ukuran Tapak
Jika ukuran tapak sebenar lebih kecil, baki belum dibekalkan boleh direfund atau dicreditkan.
Jika ukuran tapak sebenar lebih besar, pelanggan perlu membuat bayaran tambahan (Variation Order).
Kategori B — Over-Order oleh Pelanggan
Jika kuantiti rumput telah dibekalkan mengikut PO pelanggan, sebarang lebihan dianggap milik pelanggan dan tertakluk kepada Polisi Refund Over-Order (Seksyen 3).
5. Pembatalan Tempahan
5.1 Pembatalan hanya diterima dalam 24 jam selepas pesanan dibuat.
5.2 Pembatalan selepas 24 jam akan dikenakan caj 50% sebagai kos pemprosesan.
5.3 Jika pembatalan dibuat selepas rumput dihantar atau dipasang, tiada pemulangan wang akan diberikan.
6. Jaminan Kualiti & Penjagaan Selepas Pemasangan
6.1 Rumput dibekalkan dari kebun berlesen yang mematuhi standard kualiti.
6.2 Kerosakan atau kematian rumput selepas pemasangan atau selepas penerimaan adalah tanggungjawab pelanggan kerana faktor seperti:
cuaca
penyiraman tidak memadai
tanah tidak sesuai
serangga atau penyakit
penggunaan bahan kimia
7. Pembayaran
7.1 Pembayaran penuh diperlukan sebelum penghantaran kecuali terdapat perjanjian bertulis.
7.2 Pehbeso Consultant berhak menangguhkan penghantaran jika pembayaran tidak diterima mengikut jadual.
8. Penerimaan Polisi
Dengan membuat pesanan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan polisi ini.
Pehbeso Consultant berhak mengubah, menambah atau mengemaskini polisi ini pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. Pelanggan digalakkan untuk merujuk polisi terkini sebelum membuat pesanan.
HUBUNGI
Pehbeso Consultant
No 27, Kampung Sengkang
Batu 18, Tangkak, 84800, Johor
Isnin – Jumaat (9AM – 6PM)
RUMPUT KARPET
Kebunrumput.my dikendalikan sepenuhnya oleh Pehbeso Consultant (00309602-D) sebuah syarikat 100% Bumiputera tempatan.